Monday, October 26, 2009

cerita dulu

    Dulu, kita dengan dia tak pernah terfikir untuk saling kenal dalam satu jangka masa yang lama. Ia bermula di sini.



    Walau jauh, walau tak pernah bersua, walau kita tak pernah kenal dia siapa, tetap hubungan tu tak terputus.


    Ia berterusan, mengalir, seperti air sungai. Antara sedar dengan tidak, dari seperti air sungai mengalir kita dan dia berubah menjadi seperti magnet pula. Kita kutub selatan, dia kutub utara. Yang mana, bila di aca-acakan kedua-dua kutub tersebut, ia bersatu. Tiada tertanggal.


    Keluh-kesah bersama.

    Senda bersama.

    Matang bersama.

    Tertawa bersama.

    Duka bersama.

    Segala bersama.


    Dan.

    Masa terus berlalu.


    Tanpa kita sedari, ia makin berpenghujung. Makin tidak kukuh. Seperti magnet yang kehilangan kuasa pautan. Bila-bila masa sahaja, akan tertanggal.


    Tanpa restu bersama, ia tertanggal juga. Tiada bersambung lagi. Itu keputusan dia. Kita terima. Apa yang terjadi sekalipun, tak mungkin bersatu kembali. Biar pujuk rayu disalut air mata darah sekalipun. Kita terima. Kerana kita tahu dan yakin pasti ini yang terbaik. Semuanya ada hikmah yang perlu dicari. Kadang-kadang tu, kita terlalu nak mengejar benda yang tak mungkin kita dapat atau terlalu hendak mengikut perasaan semata-mata sampai kita lupa apa yang Allah hendak dari kita.


    Tapi, dia masih mahu menyewa hati kita sebagai kawan, kalau tidak boleh sebagai yang dahulu. Walaupun kelat, pahit, pedih masih terasa. Dan pastinya, kita dan dia bukan lagi seperti magnet. Mungkin seperti jarum jam dan jarum saat. Yang mana, kalau tidak ada jarum saat sekalipun, jarum jam tetap boleh bergerak seperti biasa. Dia kata, kalau boleh kita dan dia berkawan sampai bila-bila. Bolehkah begitu? Tapi, tak apa. Kita angguk di dalam hati. Kuatkan hati. Kita cuba.


    Sejujurnya, kita masih takut kehilangan dia. Sangat.


    Dan.

    Masa terus berlalu tanpa dia dan kita sedari.


    Sampailah pada satu masa. Yang membuatkan hati kita sedikit tersentak. Sampai kita melakukan perkara yang dirasakan paling bodoh sepanjang hidupnya.


    Mengapa?


    Kerana rasa cemburu mula meracun.


    Tapi, dari situ kita boleh tahu, kerana apa yang kita baja dulu tidak ditanggalkan akar nya sekali, maka ia meraja semula tanpa disedari. Mungkin sebab kita rasa kita boleh lupa dia, jadi kita biarkan saja ia bercambah kembali.


    Maafkan kita. Maaf dari sudut hati yang terdalam.


    Dan.

    Masa terus berlalu lagi.


    Alhamdulillah. Setelah sekian lama masa berlalu. Kita terima segalanya dengan redha. Ribut di dada tiada lagi. Lega. Tenang. Sentiasa pesan dalam hati, supaya tengok semua benda dengan pandangan yang rasional. Dan dia tetap berada di situ. Kami masih berpakat menyewakan hati sebagai kawan. Macam dulu. Macam masa mula-mula. Lebih senang begini rasanya. Sangat senang.


    Mungkin pada suatu hari yang indah nanti kita akan berjumpa juga dengan dia. InsyaAllah.


Wednesday, October 21, 2009

oh, blogspotku...

Jika anda jumpa blog ini, saya ucapkan tahniah! Hehehe. Dan mungkin saya akan memberikan coklat pada anda. Mahu?

Heh.

Tuesday, May 20, 2008

Please visit here

Thank you Blogspot.

p/s: saya kacang yang lupakan kulit. haha...

Monday, May 12, 2008

ismi

Dulu-dulu kan, saya suka sangat tengok surat beranak saya. Sebabnya, tulisan kerani tu cantik! Haha. Ohh, itu bukan ceritanya. Kamarus nak saya cerita pasal nama saya. Heh. Beginilah lebih kurang cerita yang saya dapat kongsi..

Nama saya kat surat beranak: Erina Faizati. Itulah nama saya. Erina tu sebenarnya gabungan nama abah dan mak saya. Abah, kadRI, mak, rosNAh, jadilah Erina. Kalau adik beradik lelaki yang lain, mak, rosNAH, abah, kadRI + zul, jadilah Nahrizul. Nampak pelik, tapi kreatif! Romantik betul mak abah saya ni. Suka saya tengok diorang. Anak dah besar panjang, cucu dah 6 orang, tapi kadang-kadang macam baru kahwin je. haha

Sampai sekarang saya masih tak pasti makna nama Erina tu. Rasanya saya pernah tulis dulu sebabnya. Yang Faizati, dari perkataan Faiz, maksudnya kejayaan. Begitulah lebih kurang makna nama saya.

Nama panggilan, hmm...

Erina - Ni paling common. Dari zaman saya sekolah Tadika Cikgu Me'at, sampailah sekarang. Saya lebih senang dipanggil dengan nama ni. Walaupun akak saya pun Erina jugak. Takpela, kitorang tak kisah. heh. Dulu kalau kawan telefon kat rumah, mesti kena jawab soalan ni, 'nak cakap ngan Erina mana, Farhani ke Faizati?' huhu

Faizati - Takde orang panggil saya dengan nama ni melainkan akak saya! haha..sebabnya, saya suka panggil dia Manisah. Dulu nenek saya nak namakan dia Manisah! Tapi tak dapat, kesian nyai..

Ati - Haa..ni kalau kat rumah ataupun di kalangan saudara mara. Ohh, saya paling ingat atuk saudara saya, kitorang panggil dia Tok Su Misai Oren (sebab misai dia kale oren), dia siap wat lagu ceni, 'Ti, Ti, kayu jati!' haha..

Eri - Panggilan ni start kat KMS. Kawan saya kata, Erina tu panjang sangat. Secara jujurnya mula-mula tu saya tak berapa senang orang panggil saya dengan nama ni. Sebabnya, bunyi macam nama lelaki je. heh. Kalau orang panggil kadang-kadang saya tak menyahut pun. Sorry. Tapi sekarang saya rela jelah. Sebabnya nak ubah pun susah kot.

Erin - Yang ni pulak, cuma Chem je rasanya. heh

Eyina - Ni pun Fariez je yang panggil. Sebab saya panggil dia Payish!

Kak Ereeen - Ha, yang ni pun sorang je, Ah, kalau dia tulis sms ngan ym pun dia akan tulis triple E tu. Kadang-kadang saya rasa dia panggil saya Kak Ering. haha. Ah, orang kelantan, kelakar orangnya.

Cik Ati - Ni pulak, untuk anak-anak saudara saya tu. Diorang sebut Ciati sebenarnya. heh. Tapi, kalau Amsyar, dia selalu konfius saya ngan akak saya. 'Ciati eh cianis eh ciati eh eh' Last-last dia panggil saya Ati je. Haha

Na - Ada 2, 3 orang je yang panggil saya dengan nama ni. Yang agak rapat dengan saya. Saya paling suka yang ni :)

Okla, begitulah lebih kurang. Sekian, terima kasih.